Kepercayaan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Percayalah kepada ALLAH…………..

(INGAT –  ALLAH)

DENGAN SUJUD KEPADANYA.

< wiramus >

Leave a Comment

CHALLENGE

MUS TV

THE ULTIMATE MEASURE OF A MAN IS NOT WHERE

HE STANDS IN MOMENT

OF  COMFORT AND CONVENIENCE,

BUT WHERE HE STANDS TIMES OF CHALLENGE

AND CONTROVERSY

<  Martin Luther King,Jr >

Flying Kubah

Leave a Comment

Che Guevara’s

Che Guevara's

Che Guevara's

. Di Amerika latin pun diktator Batista berhasil ditumpas oleh tokoh muda revolusioner

Che Guevara dan rezim Fidel Castro.

Che Guevara’s hunter says he looked more like a beggar than a legend

Ernesto Guevara de la Serna (14 Jun 19289 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin membawa beliau berhubung terus dengan kemiskinan yang mengharungi kebanyakan rakyat sekarang ini. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang berbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) [1]. Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.

Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai “gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20” [Ernesto Guevara de la Serna yang dilahirkan di Rosario, Argentina, [3] ialah anak sulung antara lima adik-beradik di dalam sebuah keluarga berketurunan campuran Sepanyol, Basque, dan Ireland. Tarikh lahirnya direkodkan dalam sijil kelahiran sebagai 14 Jun 1928, walaupun sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau sebenarnya lahir pada 14 Mei tahun tersebut. [4]

Salah satu moyang Guevara, Patrick Lynch, dilahirkan di Galway, Ireland pada tahun 1715, dan kemudian berpindah ke Bilbao, Sepanyol dan dari situ, menjelajah ke Argentina. Francisco Lynch (moyang Guevara) dilahirkan pada tahun 1817, dan Ana Lynch (neneknya) pada tahun 1861. Anaknya, Ernesto Guevara Lynch (bapa Guevara) pula dilahirkan pada tahun 1900. Guevara Lynch mengahwini Celia de la Serna y Llosa pada tahun 1927, dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Berasal daripada sebuah keluarga kelas atas yang cenderung berhaluan kiri, Guevara telah dibimbing supaya mempunyai personaliti yang dinamik serta perspektif yang radikal sejak dari kecil lagi. Walaupun menghidapi penyakit lelah yang menjejaskan kehidupannya, beliau telah berjaya sebagai seorang olahragawan. Guevara juga pernah menjadi pemain ragbi di sebalik kecacatannya dan mendapat gelaran “Fuser” — singkatan untuk gabungan kata, “El Furibundo” (bahasa Inggeris: raging) dan “Serna”, nama keluarga ibunya — kerana gaya bermainnya yang agresif. [5]

Guevara belajar permainan catur daripada bapanya dan mula melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan tempatan sejak berumur 12 tahun. [6] Semasa keremajaannya, beliau minat akan puisi, terutamanya oleh Pablo Neruda. Guevara, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Amerika Latin dalam golongannya, turut menulis puisi pada sepanjang hayatnya. Beliau sangat gemar membaca, dengan minat yang berbeza-beza antara pengembaraan klasik oleh Jack London dan Jules Verne sehingga rencana-rencana mengenai keseksualan oleh Sigmund Freud serta falsafah masyarakat oleh Bertrand Russell. Pada akhir keremajaannya, Guevara membentuk minat mendalam dalam seni foto dan menghabiskan banyak masa untuk mengambil gambar orang, tempat, dan semasa pengembaraannya yang kemudian, tapak arkeologi.

Pada tahun 1948, Guevara menyertai Universiti Buenos Aires untuk mempelajari bidang perubatan dan selepas beberapa gangguan, menghabiskan pembelajarannya pada bulan Mac 1953. Walaupun demikian, beliau tidak menjalankan latihan klinikalnya yang diperlukan untuk menjalankan praktik kedoktoran. Oleh itu, beliau merupakan seorang “médico” yang bukannya “doctor en medicina.”

Sebagai pelajar, Guevara menghabiskan banyak masa untuk mengembara mengelilingi Amerika Latin. Pada tahun 1951, Alberto Granado, rakannya yang seorang ahli biokimia, mencadangkan agar Guevara bercuti setahun daripada kursus perubatannya supaya mengembara di Amerika Selatan, sebagaimana yang telah dibincangkan selama bertahun-tahun. Guevara dan Granado yang berusia 29 tahun ketika itu berlepas dari bandar asal mereka di Alta Gracia dengan menunggang motosikal Norton 500 cc 1939 yang dinamai mereka sebagai La Poderosa II (bahasa Inggeris: “the Mighty One, the Second”). Mereka merancang untuk menghabiskan beberapa minggu membuat kerja sukarela di perkampungan pesakit kusta San Pablo di Peru yang terletak di kawasan pinggir Sungai Amazon. Guevara mengisahkan pengembaraannya dalam karya  Diari-dairi Motosikal yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1996 dan dijadikan sebuah filem dengan nama yang sama pada tahun 2004.

Menyaksikan kemiskinan, penindasan dan ketiadaan hak mengundi di seluruh Amerika Latin serta dipengaruhi oleh buku-buku Marxisme, Guevara memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi ketaksamaan wilayah itu ialah melalui pemberontakan bersenjata. Perjalanan dan pembacaannya telah menyebabkan Guevara berpendirian bahawa Amerika Latin bukannya sekumpulan negara yang berasingan tetapi sebuah entiti tunggal yang memerlukan suatu strategi kebenuaan untuk pembebasannya. Tanggapannya terhadap sebuah Ibero-Amerika bersatu tanpa sempadan yang berkongsi kebudayaanmestizo‘ merupakan suatu tema berulangan yang ketara pada tempoh-tempoh kegiatan pemberontakannya yang kemudian. Sebaik sahaja Guevara pulang ke Argentina, beliau mempercepatkan penyiapan kursus perubatannya supaya dapat menyambung semula perjalanannya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Beliau menerima diplomanya pada 12 Jun 1953.

[sunting] Guatemala

Selepas tamat belajar dari sekolah perubatan Universiti Buenos Aires pada tahun 1953, Guevara mengembara melalui Bolivia, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras, dan El Salvador, sebelum akhirnya sampai ke Guatemala di mana President Jacobo Arbenz Guzmán memimpin kerajaan populist yang, melalui pelbagai pembaharuan, terutamanya pembaharuan tanah, cuba mengembalikan revolusi sosial. Ketika masa ini Guevara mendapat nama gelarannya, “Che“, disebabkan sering menggunakan kata Argentina Che (disebut /tʃe/), digunakan sama seperti “hey”, “kawan” atau “sahabat” dan digunakan secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda niaga kawasan Rioplatense.

Merujuk kepada Jon Anderson, orang penghubung utama di Guatemala adalah seorang sosialis Hilda Gadea, yang telah mengenalkan Guevara kepada orang kabinet peringkat tertinggi dalam kerajaan Arbenz. Hilda merupakan seorang ahli Persekutuan Revolusi Amerika Popular atau (American Popular Revolutionary Alliance) (APRA), sebuah pergerakan politik yang diketuai oleh Víctor Raúl Haya de la Torre. Beliau juga telah membuat hubungan dengan orang buangan Cuba yang ada pertalian dengan Castro, termasuklah Antonio “Ñico” López, yang dikaitkan dengan serangan ke atas berek “Carlos Manuel de Céspedes” di Bayamo dalam provinsi Oriente, Cuba[7] dan orang yang mungkin mati di jambatan Ojo del Toro seketika lepas Granma mendarat di Cuba.[8] Guevara menggabungkan “moncadistas” dalam penjualan barangan agama yang berkaitan dengan Black Christ, dan beliau juga telah menolong dua orang pakar malaria Venezuela. Keadaan ekonomi adalah merumitkan, dan beliau telah menggadaikan barang kemas Hilda. Kemudian, pada 15 Mei, 1954, satu barangan infantri Skoda berkualiti tinggi dan senjata artileri ringan telah dihantar daripada negara komunis Czechoslovakia untuk kerajaan Arbenz telah tiba di atas kapal Sweden Alfhem. Bilangan senjata yang dianggarkan sampai adalah kira-kira 2000 ton oleh CIA [9] dan cukup mencurigalkan 2 tan oleh Jon Lee Anderson [10]. (Anderson’s tonnage estimate is thought to be a typo due to how few scholarly sources support it.) Guevara briefly left Guatemala for El Salvador to pick up a new visa, then returned to Guatemala. Meanwhile, the CIA-sponsored coup attempt led by Carlos Castillo Armas had begun.[11] The anti-Arbenz forces were unable to stop the trans-shipment of the Czech weapons by train; however, after recovering energy, and apparently with the help of air support, they started to gain ground (Holland, 2005).

Guevara menyertai sepasukan tentera awam bersenjata yang dikendalikan oleh Belia Komunis untuk beberapa hari, tetapi kemudian kembali kepada tugas-tugas perubatannya. Selepas rampasan kuasa, Guevara bersukarela untuk bertempur, akan tetapi Arbenz menyuruh semua penyokong asing supaya meninggalkan negara itu. Selepas Gadea ditangkap, beliau melindungi diri di konsulat Argentina dan kemudian berpindah ke Mexico.

Penggulingan kerajaan Arbenz oleh sebuah rampasan kuasa yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat mengukuhkan pandangan Guevara bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa imperialis yang secara tekal akan menentang sebarang kerajaan yang mencuba menangani ketaksamaan sosioekonomi yang endemik di negara-negara Amerika Latin serta negara-negara membangun yang lain. Ini mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa sosialisme melalui perjuangan bersenjata yang dipertahankan oleh para penduduk bersenjata merupakan satu-satunya cara untuk membaiki masalah-masalah tersebut.


Leave a Comment